Krim Karamel

Ramuan / Bahan

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
0.5 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos:
0.5 cawan gula pasir

Cara-cara

Puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Pukul lagi. Masukkan susu sejat dan pukul lagi. Biarkan seketika.

Sos:
Panaskan gula dalam periuk. Biarkan sehingga agak hangus (Pastikan gula dikacau sentiasa). Akhir sekali, masukkan sedikit air (kira-kira 0.5 cawan) dan kacau campuran.

Masukkan gula hangus tadi ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan pula bancuhan telur tadi ke dalam mangkuk yang sama. Kukus selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidang.