Karamel Kastard

Ramuan / Bahan

120 gm gula (masak dengan setengah cawan air)
2 ½ cawan susu cair
½ cawan susu cair 6 biji telur
90 gm gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Masak gula sehingga kekuningan dan masukkan setengah cawan air. Jangan biarkan gula terlalu hangus kerana rasanya akan menjadi pahit.

Panaskan susu cair dengan setengah cawan air. Ketepikan dahulu.

Putar gula 90 gm dengan telur sehingga putih. Masukkan susu suam dan esen vanila.

Tuangkan gula hangus ke dalam tin pembakar. Tuang pula adunan kedua tadi di atasnya. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar sehingga ia masak. Selain dibakar, karamel kastard ini juga boleh dikukus.