Kek Batik Chocolate

Ramuan / Bahan

1 Ketul Butter (250gm.)
¾ cawan gula pasir
1 tin susu cair
4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.
4 camb. serbuk koko
8 biji telur ayam (gred A)
500 gm. Biskut Mearie (belah 4)

Cara-cara

Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga sebati.
Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata
Tuangkan kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA DIKACAU).
Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati. Berhati-hati supaya tak hancur.
Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.