Jeli Cendol

Ramuan / Bahan

1 paket agar-agar
1 ½ cawan gula
½ sudu teh garam
2 cawan air 4 cawan santan dari sebiji kelapa
100 gm gula melaka
50 gm isi cendol
3 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

Rebus agar-agar bersama santan, setelah hancur masukkan 1 1/2 cawan gula dan 1/2 sudu besar garam. Kemudian bancuhkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air dan tuangkan ke dalam bahan dan dikacau hingga rata. Ambil sebahagian dari bancuhan itu sebanyak 3 cawan dan amsukkan cendol. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Kemudian sendukkan 2 cawan bahan bersantan tadi dan masukkan 100 gram gula melaka ke dalamnya dan tuangkan ke atas agar-agar di dalam mangkuk kecil tadi. Sejukkan dan sedia dihidangkan.