Dadih Segar

Ramuan / Bahan

450g coffe mate
1 tin susu cair (dicadangkan brand F&N)
22 ½ cawan air sejuk
2 ½ cawan gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
perisa jernih (dicadangkan brand burung layang-layang)
2-3 keping asam gelugur
Perisa (ikut suka : keladi, jagung, mangga, laici, strawberi dll)

Cara-cara

Campurkan air sejuk dan gula, masak hingga gula larut. Masukkan susu cair, asam gelugur dan coffemate.Masak hingga coffemate hancur. Masukkan pula serbuk agar-agar, masak hingga menggelegak dengan api perlahan. Asingkan kepada beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa. Campurkan dengan perisa, kacau sebati dan tuang dalam bekas kecil sebelum disejukkan.