Custard Special

Ramuan / Bahan

Utk Puding :
5 sudu makan tepung bird custard
4 Gelas air
¼ tin susu cair
3 sudu makan gula pasir
1 camca esen vanila
1 sudu butter @ marjerin
Kuah :
¾ tin susu cair (Baki utk puding)
½ gelas air
Gula secukup rasa
2 camca esen vanila
bunga cengkih (3-5 biji)
buah-buahan campuran dlm tin

Cara-cara

Puding :
Campur & larutkan semua bahan dan didihkan di atas api yg sederhana.Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan menjadi pekat. Tuangkan ke dalam acuan mengikut citarasa. Sejukkan dalam peti.
Kuah:
Campur & masak kesemua bahan di atas api sehingga mendidih. Dan sejukkan di dalam peti.Keluarkan dari peti sekiranya hendak dihidangkan.