Ramuan / Bahan

A. Bahan untuk gula hangus:

½ cawan gula pasir
¼ cawan air
B. Bahan untuk puding:

700ml susu penuh krim dutch lady @ susu Tepung campur air jadikan anggaran 700ml.
Gula ¾ cawan
Sedikit esen vanila
1 sudu makan tepung kastad
Telur 7 biji

Cara-cara

Sediakan pengukus.

Untuk buat gula hangus, satukan bahan A di dalam loyang bulat anggaran 8" diameter, masak dengan api paling perlahan. Biar gula hancur dan menjadi keemasan. Angkat dan biarkan kira-kira seminit atau hingga gula hangus sejuk.

Satukan bahan B, gaul(jangan dipukul)sehingga gula hancur kemudian tapis adunan. Pastikan adunan tidak berbuih-buih. Masukkan ke dalam loyang yang telah ada gula hangus tadi. Kemudian kukus 15-20 minit.