Banana Kaya Bread Pudding

Ramuan / Bahan

7-8 keping roti
500 ml susu segar (1 botol kecik)
6 sudu besar gula pasir
3 biji telur
3 biji pisang mas
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
kaya pandan secukupnya

Cara-cara

1) Roti disapukan dengan kaya (kalau suka boleh sapu tebal2 skit kaya tu).
2) Susunkan roti tadi dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega berlapis dengan pisang yang telah dihiris.
3) Blend susu, gula, telur & esen vanila.
4) Curahkan bahan yang telah blend tadi ke dalam loyang dan dibiarkan selama 1/2jam atau sehingga roti kembang.
5) Hiaskan permukaan puding tersebut dengan hirisan pisang dan letakkan baki mentaga rata-rata.
6) Bakar selama 1/2 jam atau sehingga masak.