Anjalika Bob Puding

Ramuan / Bahan

½ cawan anjalika
4 biji ceri dip
500 ml air
½ bungkus serbuk agar-agar
½ tin susu cair ½ sudu kecil vanila
1 biji telur
90 gm gula pasir
Pewarna kuning, hijau, jingga dan esen coklat

Cara-cara

Masuk campuran air, vanila, susu cair, telur, serbuk agar-agar dan gula. Ambil sedikit agar-agar, campurkan pewarna hijau. Agar-agar selebihnya bahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian campurkan pewarna kuning, hijau, jingga dan esen coklat. Sediakan acuan zig zag, susun anjalika dan ceri dip. Tuangkan agar-agar hijau perlahan-lahan agar anjalika dan ceri tidak berlari. Biarkan sebentar. Apabila bahagian atas hampir keras tuangkan agar-agar kuning, seterusnya tuangkan pula agar-agar jingga begitu juga coklat. Bekukan.