Agar_agar Buah Kiwi

Ramuan / Bahan

Lapis A:
3 biji buah kiwi
10 biji kuning telur
25 ml air pandan
175 gm gula
125 gm tepung
1 camca teh perwarna hijau
1 camca besar Quick 75
250 ml santan pekat Lapis B:
750 ml air
150 gm gula
13 gm serbuk agar-agar(1 bungkus)
2 biji telur
200 ml susu cair
2 camca besar tepung jagung
½ camca teh vanila
1 camca teh pewarna hijau

Cara-cara

Cara membuat bahan A:
Campur semua bahan A kecuali santan. Pukul hingga pekat. Masukkan santan dan bakar selapis-selapis. Apabila siap potong 4 dan susun di setiap tepi loyang. Buah kiwi di potong membulat dan susun di tengah-tengah loyang. Ketepikan.

Cara membuat bahan B:
Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih. Ambil 2 senduk agar-agar, masukkan pewarna hijau dan tuang pada buah kiwi. Biar separuh beku (untuk mengilatkan permukaan). Pukul telur, masukkan susu, vanila dan tepung jagung. Kemudian tuangkan pada lebihan agar-agar dan masak semula. Apabila mendidih tuangkan di atas lapisan kiwi. Bekukan. Terbalikkan agar-agar ketika menghidang.