Badam Bermadu

Ramuan / Bahan

250 gm mentega 100 gm gula
20 gm susu segar
360 gm tepung 150 gm badam, dicincang halus
5 gm serbuk penaik
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan lembut. Masukkan madu, susu, tepung, badam dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bulan sabit. Susun di dalam dulang yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Tabur gula aising pada biskut sebelum dihidangkan.