Agar

Ramuan / Bahan

25 gm agar-agar (1 peket)
1 tin susu cair
300 gm gula / secukup rasa
2 tin buah pic (1 tin diasingkan jusnya,
di mana ¾ daripada buah pic itu dikisar dan ¼ lagi dipotong kiub, 1 tin lagi sebagai hiasan) 1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar tepung kastard (dilarutkan dengan sedikit air)
Pewarna kuning
6-7 cawan air

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air. Setelah larut, masukkan gula. Apabila gula larut masukkan susu cair & kacau. Asingkan 4 hingga 5 cawan agar-agar tadi ke dalam bekas lain & panaskan dengan suhu api yang kecil. Sementara bakinya terjerang, masukkan tepung kastard ke dalam agar-agar yang telah diasingkan tadi. Kacau hingga likat & masukkan ke dalam bekas yang disediakan & biarkan ia beku seketika. Setelah beku hendaklah dikelar permukaannya. (Sebelum larutan satu lagi dituangkan ke atasnya). Sebahagian lagi agar-agar tadi disatukan dengan buah pic yang dikisar, kacau hingga rata. Masukkan pula pewarna. Kemudian tuangkan di atas agar-agar yang telah dibekukan tadi.