Agar

Ramuan / Bahan

37.5 gm agar-agar
4 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastad
4 biji telur (dipukul) 1 tin nenas (dipotong dadu)
1 tin susu cair
1 sudu teh vanila

Cara-cara

Agar-agar dimasak bersama gula. Bila sudah hancur angkat dan tapis.

Telur dikacau bersama kastad, susu dan esen.

Tuangkan ke dalam agar-agar tadi, biar hingga mendidih. Masukkan nenas bersama airnya sekali.

Bila telah agak pekat angkat dan tuangkan ke dalam acuan serta sejukkan.