Agar

Ramuan / Bahan

1 paket agar-agar
2 cawan gula( mengikut citarasa sendiri)
4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla Dikisar:
1 tin susu cair
1 tin laici

Cara-cara

Masukkan agar-agar dan 4 cawan air dan masak sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula larut bersama-sama agar-agar. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan esen vanilla. Kacau sehingga mendidih dan tutup api setelah mendidih. Teruskan mengacau sehingga ia agak sejuk. Tuangkan ke dalam acuan.