Agar

Ramuan / Bahan

1 tahil agar-agar
3 ½ gelas air
1 ½ gelas gula
3 sudu besar koko Sedikit warna kuning
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air hingga hancur. Telur & gula dipukul hingga kembang & masukkan susu cair & vanila. Tapiskan agar-agar ke dalam bekas berisi adunan telur & kacau perlahan-lahan hingga menjadi suam-suam kuku. Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian berwarna kuning, satu lagi masukkan koko. Gunakan acuan bulat ataupun mangkuk. Masukkan adunan berlainan warna berselang-seli, sudu demi sudu hingga habis. Biarkan sejuk & keras. Keluarkan dari acuan & hias dengan ceri merah.