Agar

Ramuan / Bahan

40 gm agar-agar
2 cawan pati santan (ditambah dengan sedikit garam)
3 keping gula kabung
1 cawan gula pasir 3 biji telur
2½ cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara

Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan daun pandan, gula dan gula kabung dan kacau perlahan-lahan hingga semua bahan-bahan larut dan mendidih. Pukul telur hingga kembang. Campurkan dengan pati santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar dan kacau perlahan hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan hingga ia beku sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.