Chocolate moist cake

Ramuan / Bahan

280 gm butter
200 gm gula halus
5 biji telur (gred A)
280 gm tepung gandum
40 gm serbuk koko
¼ sudu teh sodium bikarbonat
1 ¾ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh nescafe (dibancuh dengan sedikit air)
100 gm coklat masak (dicairkan)
¾ cawan air sejuk Topping :

100 gm coklat masak (dicairkan)
sedikit coklat rice

Cara-cara

1) pukul butter dan gula sehingga kembang
2) masukkan telur satu persatu
3) kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko, sodium bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
4) campurkan nescafe yang telah dibancuh dan coklat masak yang telah dicairkan ke dalam adunan.
5) akhir sekali, masukkan air sejuk dan pukul sehingga sebati.
6) panaskan oven pada suhu 180 darjah dan masak selama 45 minit (atau sehingga masak).