Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Agar

Ramuan / Bahan

Bahan Agar-agar:
6 cawan air
½ cawan gula (untuk agar-agar)
1 bungkus besar agar-agar
4 biji putih telur
Bahan Kuah:
1 liter susu segar
½ tin susu cair
1 ½ cawan gula
3 sudu besar tepung kastad
6 biji telur
3 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

Agar-agar:
1. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan agar-agar tadi dan rebus sampai agar-agar larut. Pastikan campuran tadi agak likat.
2. Letakkan agar-agar tadi ketepi dan ianya hendaklah selalu dikacau supaya ia tidak mengeras.
3. Ambil 4 biji putih telur tasi dan pukul hingga betul-betul kembang.
4. Ambil agar-agar tadi setelah ianya dipastikan agak sejuk dan tidak mengeras, campurkan dengan putih telur tadi.
5. Foldkan dengan perlahan-lahan sehingga ianya sebati.
6. Masukkan kedalam loyang atau acuan yang sesuai dan masukkan kedalam peti ais.
Kuahnya:
1. Panaskan perlahan-lahan susu cair dan susu segar.
2. Setelah ianya mendidih, campurkan esen vanilla dan gula.
3. Campurkan sedikit air kedalam tepung kastad dan kacau didalam cawan.
4. Campurkan tepung kastad tadi kedalam kuah susu tadi sedikit demi sedikit sehingga kuahnya pekat.