Agar

Ramuan / Bahan

10 gm agar-agar (direndam ½ jam)
400 ml air
2 helai daun pandan
125 gm gula pasir Beberapa titik pewarna hijau
1 biji nanas
6 - 7 biji ceri merah
Gula jika perlu

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air, daun pandan & gula hingga agar-agar dan gula larut. Angkat dan bubuh pewarna hijau. Tapis agar-agar ke dalam acuan berukuran 18 cm x 18 cm yang dibasahi sedikit air. Sementara itu potong isi nanas. Apabila agar-agar beku, potong segiempat dan hidangkan di dalam kulit nanas bersama isi nanas dan ceri. Tabur sedikit gula jika suka. Enak dimakan bersama aiskrim.