Agar

Ramuan / Bahan

2 bungkus serbuk agar-agar
200 gm gula pasir
200 gm susu cair
2 tin air ceri FN 1 tin koktel buah-buahan, asingkan airnya
Air secukupnya

Cara-cara

Agar-agar dimasak bersama gula dan air hingga mendidih. Atur buah-buahan di dalam acuan kipas. Kemudian tuang 5 senduk agar-agar ke dalamnya. Biarkan separuh beku. Campur air ceri bersama air biasa dan air koktel buah-buahan menjadi 1300cc. Kemudian masukkan campuran air ceri, lebihan buah-buahan koktel dan susu cair ke dalam lebihan agar-agar. Kacau rata. Kemudian tuang keatas agar-agar separuh beku tadi. Biarkan hingga betul-betul beku baru dikeluarkan.