Agar

Ramuan / Bahan

4 biji epal hijau (direbus dengan air dan 1 senduk gula pasir )
1 biji epal hijau ( dipotong nipis )
2 bungkus agar-agar serbuk
1 ½ senduk gula pasir
1 tudung esen vanilla
1 liter air putih

Kuah
1 tin susu cair.
Jika tiada susu cair, ikuti cara berikut
Campur dan kacau sebati susu pekat, sedikit gula pasir dan 1 tudung esen vanilla di dalam air suam. ( sukatan mengikut jumlah yang kita kehendaki )

Cara-cara

Rebus epal hingga lembut dan dikisar hingga menjadi jus.
Masak serbuk agar-agar bersama-sama air.
Masukkan gula dan esen vanilla.
Tuangkan jus epal.
( campur pewarna jika suka )
Kemudian bekukan di dalam peti sejuk.