Sago Gula Melaka

Ramuan / Bahan

sago (putih)
air
gula kabung
sedikit gula putih
santan (kotak)
tapis besi (strainer)

*kesemua kuantiti mengikut jumlah hidangan

Cara-cara

-didihkan air sebanyak setengah periuk
setelah didih masuk kan kesemua sago

-sementara itu boleh la didih kan gula kabung didalam periuk berasingan amat penting sedikit air sahaja utk memekat kan gula..

-setelah sago mendidih kacau sago perlahan2 dgn ape perlahan

-HENDAK LAH SENTIASA KACAU SAGO SUPAYA TIDAK HANGUS.

-apabila pekat masuk kan sedikit air sehingah sago boleh dikacau.
(sago mempunyai kanji tetapi jgn bimbang terlebih kanji kerana kanji akan dibuang nanti)

-trus kan proses kacau dan tambah air sehingga sago JERNIH

-setelah sago jernih bermakna sago anda sudah sedia.

*tricky part*
utk dpt kemampatan sago disini magic nya. . .
- cedok sago kedalam penapis besi lalu kan dibawah air paip yg mengalir utk membuang kanji gunakan bantuan senduk. bila dah tapis masuk kan dlm bekas @dulang terpulang. sejuk kan dlm peti ais :-)

*gula melaka yg didih telah pon masak, pastikan pekat, kalau kurang pekat boleh masuk kan sediit gula pasir.
*TAPIS GULA KABUNG TERSEBUT SBB DLM GULA KABUNG BYK BENDA ASING*
kemudian sejukan