Sago Gula Melaka

Ramuan / Bahan

2 cawan sagu biji
10 cawan air
secubit garam
3 sudu santan pekat / susu segar Kuah santan (masak semua pd api kecil)
1 cawan santan
1 cawan air
secubit garam

Sirap Gula Melaka (masak semua pd api kecil)
1 ketul gula melaka (anggaran 250gm)
½ cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara

rendam biji sagu selama 5 minit
Sementara itu didihkan 10 cawan air
kemudian masukkan sagu biji tadi kedalam air mendidih kacau selama 10 minit. Matikan api, tutup dan biarkan. selang 10 minit toskan atau tapis air didihan tadi dan BASUH sagu biji tadi di air larian (nak hilangkan kanji). Kemudian masukkan kedalam bekas lain - campurkan 3 sudu santan pekat dan secubit garam gaul rata-rata. kemudian bentukkan sagu biji pada acuan kecil dan masukkan kedalam chiller.