Custard Caremal

Ramuan / Bahan

Gula Hangus
1. Secawan Gula
2. Sedikit Air Custard Caremal
1. Secawan Air
2. Setin Susu Ideal
3. 6 biji Telur
4. Satu Setengah Sudu Tepung Custard
5. Esen Vanila
6. 5 Sudu Gula

Cara-cara

Gula Hangus
Masukkan gula kedalam kuali dan masak gula sehingga hangus, kemudian baru dimasukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu pekat.. kemudian gula hangus bolehlah diletakkan dalam loyang

Custard Caremal
Putarkan telur dalam mixer(jgn terlalu laju, nnt adunan akan berbuih, dan Caremal tak licin, seboleh2 masa process adunan jgn ader buih dalam adunan, putar perlahan)putarkan berselang seli dgn air dan susu Ideal, kemudian masukkan tepung custard, sedikit Esen Vanila dan 5 sudu gula, putar hingga gula larut dalam bahan.
Tuang adunan kedalam loyang yang berisi gula hangus, kukus hingga masak.