Wajik Sri Puteri

Ramuan / Bahan

2 cawan beras pulut
330 gm gula pasir 3 biji kelapa (ambil santannya)
500 gm gula merah

Cara-cara

Basuh beras pulut dan rendam semalaman. Keesokannya kukus pulut sehingga masak.

Perah kelapa dan ambil santan anggaran enam tim (tin susu sederhana besar).

Masak santan bersama gula pasir dan gula merah sehingga pekat.

Masukkan pulut dan kacau sehingga kering airnya.

Selepas masak, sejukkan sebelum dihidangkan.