Chicago Orange Cake

Ramuan / Bahan

5 Biji Telur Saiz Sederhana
1 ½ Cawan Gula Halus
1 ½ Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
1 Sudu Teh Esen Orange
1 Biji Limau Sunkist

Cara-cara

1) Parut kulit limau (ambil bahagian yang berwarna oren sahaja)dan jemur atau goreng tanpa minyak supaya cepat kering. Ketepikan seketika.

2) Putar marjerin dan gula sehingga lembut.

3) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memutar sehingga kembang.

4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus putar.

5) Akhir sekali masukkan esen orange dan putar seketika. Masukkan kulit limau yang telah diparut tadi dan kacau.

6) Bakar di dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin. sebaiknya bakar di dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah-tengah.

7) Bakar sehingga bahagian atasnya berwarna agak keperangan. Untuk memastikannya sudah masak, cucuk dengan lidi kecil dan rasa dengan jari. Sekiranya tidak melekit, ia sudah masak.