Taufu Fa

Ramuan / Bahan

300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ camt. serbuk gypsum
2 camB. tepung jagung

Cara-cara

1 Rendam kacang soya selama semalaman. Tuskan dan buangkan kulitnya. Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.

2 Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.

3 Larutkan air panas dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.

4 Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.

5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.