Tatlets Buah

Ramuan / Bahan

Ramuan A:

250 gm mentega
120 gm gula kastor

Ramuan B:

1 biji telur gred B

Ramuan C:

450 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila Bahan untuk inti:

400 ml susu segar
100 gm gula
2 biji kuning telur
30 gm tepung kastard
100 ml susu segar

Cara-cara

Pukul ramuan A sehingga sebati dan masukkan ramuan B dan akhir sekali ramuan C.

Masukkan adunan di dalam mangkuk kertas dan dibakar.

Bagi membuat inti, masakkan gula sehingga ia mendidih.

Pukul kuning telur sedikit dan masukkan ke dalam adunan susu tadi dan kacau sehingga ia sebati.

Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit susu.

Masukkan ke dalam sugar doh dan hiasi dengan buah-buahan.

Sesuai sebagai pencuci mulut atau minum petang.