Talam So'on Durian/Cempedak

Ramuan / Bahan

BAHAN A:
280gm sagu biji /dicuci dan toskan
220gm so'on digunting-gunting dan toskan
1 cawan kelapa parut putih
2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak Harmuni

CARA:
1.Satukan semua bahan ini. Masuk ke dalam loyang sebesar 12" bulat.
2.Kukus selama 35 minit atau hingga masak.
3.Apabila sudah masak tekan rata seperti membuat putri salad dan ketepiksn dahulu.




BAHAN B:

6 biji telur
600ml santan(1 kotak 200ml santan Harmuni dicampur air hingga 600ml)
2 sudu makan minyak Harmuni dicampur dalam santan
280gm gula Harmuni
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh garam
¾ cawan isi durian atau cempedak 1 sudu teh warna kuning

CARA:
1.Satukan semua bahan ini dikisar halus(blender)masak di atas api kecil hinfgga naik wap.
2.Tuangkan adunan ini di atas dan kukus selama 35 hingga 40 min atau sampai masak.
3.Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan disajikan.

Cara-cara