Tako Siam

Ramuan / Bahan

Bahan Lapisan Atas:

3 camb tepung jagung
4 cawan santan
sedikit garam

Hiasan :

Ceri merah + Hijau dipotong dadu Bahan Lapisan Bawah:

1 bungkus tepung Hon Kwee (warna hijau)
1 tin jagung whole kernel
1 tin jagung air sejuk
1 cawan gula pasir
Daun Pandan untuk dibuat acuan
sengkuang cina - dipotong dadu

Cara-cara

1. Buat acuan kuih tako dengan menggunakan daun pandan. Kemudian taburkan sedikit sengkuang cina ke dalam acuan tersebut.
2. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas ke dalam periuk dan masak sehingga ianya menjadi jernih.
3. Kemudian masukkan 1 sudu ke dalam acuan tadi. (Pastikan hanya 1/2 adunan dimasukkan ke dalam acuan).
4. Kemudian sediakan pula lapisan atas. Kacau semua bahan tadi di atas api sehingga pekat.
5. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah diletakkan ke dalam acuan tadi. Hiasankan dengan ceri yang dipotong dadu.
6. Apabila semua adunan siap masukkan ke semua tako tadi ke dalam peti sejuk.