Suji

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung suji(semolina)
1 tin susu cair
200g gula(1 cawan)
Minyak sapi 1 sudu kecil
Daun pandan 3 helai Buah pelaga 2 atau 3,kayu manis 1 ibujari atau kurang
Air 3 ½ tin susu cair
Pewarna kuning ½ sudu kecil atau kurang sikit
Air mawar 1 sudu kecil

Cara-cara

Mendidihkan air 3 1/2 tin tadi.
masukkan daun pandan,buah pelaga,kayu manis.

Bila sudah mendidih,wangi,angkat bahan tadi dan ketepikan(buang)kerana tidak digunakan lagi. Tuang warna kuning.
Tuang gula,susu cair,kacau.

Tuang tepung suji sedikit demi sedikit sambil dikacau, sampai pekat sedikit. Api perlahan.

Tuang minyak sapi 1 sudu kecil dan air mawar sambil di gaul sebati untuk mengelakkan hangus.