Span Kukus Buah

Ramuan / Bahan

135 g mentega
100 g gula halus
3 biji telur
40 g buah-buahan campuran, dicincang halus
2 keping nanas bersirap, dicincang halus
1 camca teh esen vanila

Bahan-bahan diayak bersama:
100 g tepung halus
25 g tepung jagung
25 g tepung kastard
½ camca teh serbuk penaik Bahan lain:
Kertas aluminium secukupnya, dipotong 10 cm persegi

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga ia sebati. Masukkan bahan-bahan diayak bersama, putar lagi hingga ia sebati. Masukkan buah-buahan campuran bersama nanas dan esen vanila, putar sebentar. Bubuh 1 1/2 camca besar adunan di dalam kertas aluminium. Bungkus ia kemas. Buat hingga habis adunan. Susun bungkusan adunan di dalam pengukus. Kukus ia 15-20 minit.