Skon Epal dan Kismis

Ramuan / Bahan

300 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar gula kastor
25 gm mentega 1 biji epal (buang kulit dan potong kecil)
1/3 cawan kismis
¾ cawan susu segar

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada kepanasan 200C. Sapu dulang pembakar dengan mentega. Masukkan tepung, mentega dan gula ke dalam mangkuk adunan. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kismis dan epal. Campurkan susu sedikit deni sedikit hingga adunan sederhana lembut. Ambil sejemput sebesar telur dan leperkan. Susun dalam dulang pembakar dan sapukan susu. Bakar selama 15 minit. Hidangkan semasa panas bersama jem buah-buahan.