Sira Sukun

Ramuan / Bahan

1 biji sukun mengkal
1½ cawan gula
2 cawan air 2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Kupas kulit buah sukun dan buang empulurnya. Belah buah sukun kepada lapan bahagian, kemudian hiris nipis-nipis setelah jari kelingking. Rebus sukun dengan sedikit garam sampai empuk. Setelah cukup empuk, angkat dan toskan airnya. Masak gula, air dan daun pandan dalam periuk. Bila sampai mendidih dan sedikit pekat. Setelah itu angkat dan sejukkan. Masukkan sukun tadi ke dalamnya dan kacau sampai rata. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk kesegaran yang lebih enak.