Sira Nangka

Ramuan / Bahan

30 ulas isi nangka masak
2 senduk gula pasir 2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara

Bersihkan nangka kemudian dibelah kecil-kecil. Masak air dalam periuk bersama gula dan daun pandan. Biarkan sampai mendidih dan larut. Kemudian, padamkan apinya dan sejukkan. Masukkan nangka tadi ke dalam manisan gula yang telah disejukkan. Kacau rata-rata dan biarkan manisan mesra dengan nangka. Untuk menikmati rasa yang lebih enak, disejukkan di dalam peti sejuk.