Serawa Pisang Dadar

Ramuan / Bahan

1 sisir pisang awak pisang raja
1½ cawan gula pasir
2 cawan air
2 biji telur
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga Sedikit kayu manis
1 helai daun pandan (dicarik-carik dan simpulkan)
Minyak sawit untuk menggoreng

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang. Buang kulit pisang dan belah dua. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian celup pisang ke dalam telur dan goreng hingga masak. Buat begini hingga selesai. Masak gula, air, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat sedikit. Kemudian bolehlah diangkat. Masukkan pisang tadi dan kacau perlahan-lahan hingga rata. Biarkan sejuk sebentar sebelum dihidangkan.