Sema Tarik Kelantan

Ramuan / Bahan

peralatan:

2 batang buluh (sederhana panjang dan leper)
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk biasa(kecil)
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu

bahan-bahan:

2 keping gula kelapa/gula gerek
1 kg tepung gandum
1 mangkuk sedang air
1 botol kecil minyak jagung

Cara-cara

Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.Masukkan air dlam periuk biasa(kecil) dan masak dgn gula kelapa sehingga gula cair dan berbuih.Ambil 1 batang buluh dan celup ke gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, maka ia sedia diangkt. Kecilkan api, masukkan 1-2 titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga, sapu sehingga rata, kemudian tuang adunan didih td.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku, sapu minyak pada 2 batang buluh td, dan angkat dengan menggunakan 2 batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit, kemudian ayak atas kertas minyak, gula yang ditari-tarik td, diletak di atas tepung yang diayak atak kertas minyak td. Kemudian tarik- tarik gula td di atas tepung, dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti bihun, sedia dihidangkan.