Salad Tropika

Ramuan / Bahan

½ biji kubis salad
200 gm anggur merah atau hijau, dibelah dua
2 biji lemon diambil airnya
1 camca teh garam 1 camca teh serbuk lada putih
2 camca sedang minyak zaitun
2 biji epal hijau, dihiris nipis
2 biji oren, dihiris nipis
100 gm gula halus

Cara-cara

Kubis di cuci dan dihiris halus memanjang. Sejat hingga kering. Kemudian masukkan di dalam bekas. Campurkan bersama garam, minyak zaitun, dan lada putih. Tutup bekas dan masukkan didalam peti sejuk. Buah-buahan dicuci dan dimasukkan di dalam bekas. Bubuh gula halus dan air lemon. Tutup dan masukkan di dalam peti sejuk. Apabila hendak dihidangkan barulah dicampur kedua-dua bahan dan digaul rata.