Salad Buah

Ramuan / Bahan

1 biji buah tembikai (dihiris ¼ bahagian memanjang)
2 biji nenas masak (dihiris 1/3 bahagian memanjang)
2 biji beti masak yang segar ( dibelah dua melintang & potong hujung-hujungnya)
4 biji pisang masak (dihiris setebal 1.2 cm )
air limau nipis (direnjis keatas hirisan pisang)
1 cawan sirap panas Ketul-ketul ais
1 camca halwa buah ceri hijau (dicincang kasar)
1 bungkus hablur jeli lemon(masak seperti yang diarahkan & sejukkan)
150 ml aiskrim vanila
4 biji buah ceri marashino

Bahan Krim Pisang:
4 biji pisang masak (dibuang kulitnya)
1 camca air limau nipis
3 camca gula halus
1 cawan kekeras (dititik)
1 ½ cawan krim pekat

Cara-cara

Untuk membuat krim pisang:
Lecek pisang, air limau nipis & gula halus hingga sebati. Masukkan kekeras & krim.Sejukakan hingga diperlukan. Potong bahagian tepi kedua-dua bahagian tembikai itu kepada bentuk biku-biku.Buangjkan bijinya .Gunakan pencedok aiskrim untu membuat bola-bola dari isinya. Sejukkan. Buangkan kulit bahagian nenas yang telah dihiris& dipotong dadu isinya. Biarkan bahagian nenas yang lebih besar tidak berkupas kulitnya tetapi cedok keluar isinya.Campurkan pada buah-buahan yang telad dipotong dadu & sejukkan . Gunakan pencedok aiskrim untuk membuat bola-bola isi betik.Sejukkan. Campurkan semua buah-buahan yang telah disejukkan & isikan ke dalam tembikai.Tuangkan sirap ke atasnya & tutup dengan bahagian tembikai yang lebih kecil.Sebelum dihidangkan,Masukkan ketul-ketul ais. Isikan nenas dengan krim pisang.Taburkan atasnya dengan ceri hijau. Isikan kedua-dua separuh bahagian betik dengan jeli. Tutupkan atasnya dengan aiskrim & sebiji ceri maraschino. Hidangkan semua perahu buah-buahan itu dengan segera.