Sagu Aiskrim

Ramuan / Bahan

2 sudu sagu
1 lapis tembikai susu dipotong kecil-kecil
Aiskrim (pilihan perasa anda)
1 gelas air
Gula/Madu lebah

Cara-cara

Masukkan sagu dalam air dan biar mendidih sehingga sagu kelihatan lutsinar (kira-kira 25 minit). Buangkan air, hanya perlukan sagu lutsinar sahaja.
Masak gula dengan air untuk mendapatkan gula air. Ataupun, guna madu lebah dicampur dengan air sejuk untuk mendapatkan madu air.
Masukkan tembikai susu yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam gula air/madu air. Kemudian, disejukkan dalam peti sejuk.
Setelah sejuk, masukkan sagu lutsinar ke dalam gula air/madu air yang sejuk and masukkan aiskrim.