Puteri Mandi Kelapa Muda

Ramuan / Bahan

250 gm tepung pulut
½ biji kelapa muda parut
3 ketul gula melaka 4 sudu besar gula pasir
Air secukupnya
2 helai daun pandan

Cara-cara

Gaul tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit hingga tepung boleh diuli. Sementara itu didihkan air di dalam periuk. Bulat-bulatkan adunan tepung pulut sebesar guli dan tekan di tengahnya. Masukkan ke dalam air didihan. Buat hingga tepung habis. Untuk mengetahui kuih sudah masak, ia akan timbul dan angkat dengan menggunakan tapisan teh. Ketepikan dahulu. Masak gula melaka bersama gula pasir, kelapa muda, daun pandan dan kira-kira dua cawan air didihan kuih tadi. Biar pekat baru masukkan kuih tadi. Kacau-kacau seketika dan angkat.