Puteri Bersiram

Ramuan / Bahan

2 biji epal merah
5 biji pear
Air untuk merendam buah
1 biji perahan limau susu (lemon)
4 cawan air sejuk
1 ½ cawan gula halus 10 kuntum cengkih
3 batang kulit kayu manis
1 camca teh esen vanila
2 helai daun pandan, diikat
1 biji limau nipis, diparut kulitnya

Cara-cara

Kupas epal dan pir serta buang bijiya. Rendam kedua-dua buah di dalam air yang dicampur perahan limau susu supaya kedua-dua buah tidak berubah warna. Satukan air, gula, cengkih, kulit kayu manis, esen vanila, daun pandan, parutan kulit limau nipis di dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan air mendidih baru di masukkan epal dan pir. Kecilkan api supaya kedua-dua buah rata masaknya. Tutup periuk dengan pinggan kecil dan masak lagi 20 minit atau hingga kedua-dua buah empuk. Keluarkan buah-buahan tadi dan pekatkan air gula. Kemudian baru tuangkan air gula ke dalam mangkuk dan sejukkan. Apabila air gula sejuk baru di masukkan semula buah-buahan tadi kedalamnya dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.