Pulut Hitam Susu Bernanas

Ramuan / Bahan

Jus nanas
100 gm pulut hitam
100 gm pulut putih 3 sudu besar susu segar
Garam
Gula

Cara-cara

Bersihkan pulut hitam dan pulut putih dan rendam selama 2 jam. Masukkan pulut ke dalam loyang pengukus dan tuangkan jus nanas hingga menutupi beras pulut di dalam loyang. Kukus hingga masak. Panaskan susu segar dan sesuaikan rasa dengan menambah garam serta gula. Setelah pulut masak, tuangkan susu segar dan gaul hingga mesra. Padatkan ke dalam bekas. Hidangkan bersama mempelam madu.