Pulut Dengan Tuai Durian

Ramuan / Bahan

2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)
2 ½ cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan
1 cawan pati santan Bahan sos
Isi dari 14 biji kecil durian yang masak
2 oz (60 g) gula melaka dihancurkan)
2 ½ cawan pati santan
1 camb. gula pasir
2 helai daun pandan (disimpulkan)
secubit garam

Cara-cara

Untuk masak pulut:
Campurkan semua bahan, kecuali pati santan, dalam periuk yang besar. Masak hingga mendidih dan tanaklah hingga airnya kering. Buangkan daun pandan. Masukkan santan dan kacau, kemudian kukus hingga pulut itu masak.


Untuk menyediakan sos:
Campurkan semua bahan ke dalam sebuah periuk. Jerangkan di atas api yang kecil dan kacaulah perlahan-lahan hingga mendidih. Didihkan perlahan-lahan selama 3-5 minit. Buangkan daun pandan. Angkat periuk dari api.


Untuk menghidangkannya:
Isikan sedikit pulut ke dalam beberapa biji pinggan atau mangkuk. Tuangkan sos itu ke atasnya.