Puding Roti Banana Choc

Ramuan / Bahan

7 keping roti
4 ½ cawan susu
½-¾ cawan gula (mengikut citarasa)
sedikit cooking chocolate (diparut, boleh diganti dengan choc chip) 1 biji pisang (dihiris setebal 5mm,boleh ditambah bilangannya mengikut citarasa)
1 biji telur
secubit serbuk kayu manis

Cara-cara

1. hancurkan roti bersama susu
2. masukkan gula dan telur. pukul hingga sebati (agak2 dah rata)
3. masukkan sedikit serbuk kayu manis
4. masukkan hirisan pisang dan baking choc (kacau perlahan2 agar pisang tidak hancur)
5. griskan bekas utk membakar
6. masukkan campuran tadi, jangan terlalu penuh.
7. taburkan sedikit lagi hirisan baking choc ke atas campuran tadi
8. bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 45 minit atau sehingga masak (utk check, cucuk pisau di tgh puding roti.jika masih basah, biarkan lebih lama)