Puding Kurma Dan Sos Mentega

Ramuan / Bahan

Bahan Puding Kurma:
1. 20 biji kurma - dibuang biji
2. 1 cawan air suam
3. 100 g gula perang
4. 50 g mentega
5. 2 biji telur
6. 200 g tepung gandum
7. 1 ½ sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh esen vanila
Bahan Sos Mentega:
1. 1 sudu besar mentega
2. 1 kotak whipped cream
3. 100 g gula merah
4. 1 sudu esen vanila

Cara-cara

Puding Kurma:
1. Kurma dan air dikisar sehingga menjadi pes - asingkan
2. Pukul mentega dan gula menjadi lembut
3. Masukkan telur dan pukul lagi
4. Masukkan pes kurma tadi dan gaul
5. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan soda bikarbonat serta esen vanila
6. Masukkan dalam acuan kek dan bakar cara bain marie atau double boil (kukus)
7. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Sos Mentega:
1. Masukkan semua bahan sos dalam periuk
2. Masak atas api sehingga berbuih dan matikan api