Puding Koktel Berkuah

Ramuan / Bahan

BAHAN2 UNTUK PUDING:

1 paket agar-agar
4 cawan air
2-3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
Daun pandan



BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:

1 tin susu cair
1 tin koktel
½ tin air
2-3 sudu besar tepung kastard
Gula (Anggaran manis)
sedikit garam
Daun pandan

Cara-cara

CARA MEMBUAT PUDING:
Masak agar2 dengan air hingga larut.
Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.

CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:
Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.