Puding Jawa

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung hoon kue kuning
2 cawan gula
½ camca teh garam 6 cawan santan pekat
500 gm jagung manis dalam tin

Cara-cara

Campurkan tepung hoon kue, gula dan garam. Bancuh dengan santan. Masuk ke dalam periuk yang berat atau periuk berlapis. Didihkannya di atas api yang sederhana, sambil kacau dengan tidak berhenti-henti. Masukkan jagung. Kacau hingga sangat kental dan gelembung-gelembung mula kelihatan permukaannya. Angkat dari api. Tuangkan dengan segera ke dalam acuan. Ratakan permukaannya dan biarkan hingga sejuk. Sejukkan di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.