Pudin Berwarna

Ramuan / Bahan

30 gm agar-agar (direndam & ditoskan )
5 cawan air
6 buji kuning telur (dipukul hingga kembang)
3 camca mentega
315 gm gula 1 camca tepung jagung
1 camca esen vanila
½ serbuk koko
1 camca
Bahan pewarna merah & hijau
1 camca susu pekat

Cara-cara

Rebus agar-agar dengan air hingga hancur
.Angkat & tapis.Campurkan mentega ke dalam,Kuning telur yang telah dipukul,kemudian masukkan campuran gula & pukul hingga hancur. Tuangkan ke dalam agar-agar & letakkan semula periuk ke atas api yang sederhana.Kacau maskkan itu selama 10 minit. Angakat dari atas api. Masukkan esen vanila & bahagikan campuran itu kepada tiga bahagian Warnakan dengan pewarna merah, hijau & koko tiap-tiap satunya. Biarkan dua bahagian yang pertama hangat. Tuangkan cdampuran koko ke dalam sebuah acuan puding. Bairkan sejuk.Apabila hampir keras, tuangkan bahagian merah & sejukkan. Sekali lagi, apabila hampir keras,masukkan bahagian hijau. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga pudin itu keras. Keluarkan dari pada acuan & hidangkan setelah sejuk.