Pisang Salji

Ramuan / Bahan

3 biji pisang emas
1 biji telur( putihnya saja )
1 biji limau nipis yg kecil 1 camca besar gula halus (mengikut rasa)
2 biji ceri untuk hiasan

Cara-cara

1. potongkan limau nipis dan perahkan airnya.
2. lecekkan pisang emas tadi dan campurkannya dengan air limau dan gula halus
3. sementara itu, pukulkan putih telur sehingga kembang
4. kemudian,masukkan pisang sedikit demi sedikit sambil mengacau-ngacau sehingga sebati.kacau lagi sehingga campuran tersebut menjadi kembang.
5. sendukkan pisang salji ke dalam gelas sundae.taburkan @ letakkan ceri di atas pisang salji tersebut.
6. sejukkan pisang salji dalam peti sejuk.
7. setelah betul-betul sejuk,bolehlah dihidangkan.